proses tarik diri dan pengalaman berhenti dari UiTM :)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Sebenarnya ini post pertama aku sebab sebelum ni aku tak pernah pun terfikir nak tulis blog. Idea aku nak tulis blog datang bila aku dah nekad nak berhenti UiTM dan masa tu aku dengan mental breakdown teruknya aku tulis dekat buku nota aku list apa aku akan buat lepas aku berhenti UiTM. Salah satunya adalah tulis blog sebab masa aku buat research pasal proses berhenti UiTM tak banyak post yang ada yang boleh guide students. So terjadilah blog ini..
Macam korang semua tahu, 2020 tahun yang mencabar pada semua orang termasuklah student semester pertama macam aku. Aku tak boleh adapt course aku lagi lagilah time pendamic macam sekarang kena belajar online. Letih ya belajar online. Sangat meletihkan. Almost 5/7 days a week aku nangis sebab stress dengan course aku yang aku tak faham apa sebab belajar online depan laptop tak ada kawan kaan nak tanya dan tumpang bahu dorang.
Kalau korang nak tahu aku lepasan SPM 2019 dan terus ke degree. Sarjana Muda Sains Senibina (Kepujian) di UiTM. Ya, course ni korang dari lepasan SPM boleh terus ke degree. 8 Sem dalam 4 tahun macamtu. Aku memang minat course ni tapi tulah kita hanya merancang tuhan yang tentukan. Aku pun selalu je dengar/baca orang kata susah dan perlukan mental yang kuat. Turn out it is all true tho. Tapi disebabkan aku minat so aku dengan happynya apply UPU course ni option no.1 without knowing what will I get through. Aku bukan budak aliran seni/lukisan kejuruteraan. Aku aliran sastera. Ya takda kena mengena kan? HUHU tapi tulah dah minat kan.
Disebabkan aku tak boleh adapt, aku decide untuk berhenti/quit course aku masa mid sem break iaitu minggu ke 7 masa masih dalam semester satu. Masa aku minggu 1 pun aku dah rasa nak quit to be honest but aku teruskan sebab aku kuatkan diri aku dengan alasan that this feeling will pass and unfortunately Ifeel motivated for 2 weeks before I started to feel giving up again. Lecturer aku pun cakap yang architecture bukan course yang boleh belajar depan laptop. So it's really hard for me to learn about art online sebab aku tak ada basic seni pun.
Berkenaan yuran kalau korang berhenti, 80% yuran akan dikembalikan kalau korang BERHENTI SEBELUM 28 HARI SELEPAS TARIKH DAFTAR. Kalau lepas tempoh sebulan, duit tu akan burn. Macam aku, aku berhenti lepas sebulan so duit yuran aku untuk sem 1 RM878 untuk course ni burn begitu sahaja walaupun aku belajar online dah tak guna langsung fasiliti UiTM.
FYI, architecture is one of the hardest course to learn. Korang boleh google atau nah ni link: https://leverageedu.com/blog/toughest-courses-in-the-world/ or korang boleh google 'hardest university course'.
Cukuplah pengenalan ya panjang betul intro boring orang baca kang.
So this is proses aku tarik diri dari UiTM masa pendemic melanda (PKP, online class, work from home)
- 1. Mula-mula aku tanya lecturer aku pasal proses berhenti lepastu lecturer aku bagi contact HEA untuk tanya lebih lanjut tentang proses prosesnya. Oh ya, kalau korang taknak tanya lecturer pun tak apa. Korang kenalah cari number ke atau email untuk korang tanya direct kat HEA. Pastikan korang contact HEA faculty korang tau bukan faculty lain punya HEA.
- 2. HEA akan bagi borang, nama borang tu BORANG MENARIK DIRI DARI UiTM. 1. Korang kena isi maklumat diri, 2. Tanda 'X' pada sebab korang tarik diri. 3. Minta sign dan cop daripada: KPP, Pejabat Pengurusan Kolej, Ketua Perpustakaan, Bendahari dan Dekan Fakulti.
- 3. Dekan Fakulti tu kena last sebab lepas dah lengkap semua sign dan cop tu korang kena hantar dekat dekan sebab dekan yang akan proses surat korang tu. Bila dah lulus, HEA akan hantar email beritahu korang punya borang dah lulus dan surat akan dihantar kepada alamat rumah korang. Oh btw masa proses tarik diri tu, tak perlu pun masuk class. Cuma perlu inform lecturer takut dorang tercari-cari korang (aku tanya HEA).
Itu sahaja sebenarnya langkah dia. Tak susah pun. Aku masa tulis pasal ni, anxiety aku 💹💹💹 sebab I hate it the fact that I really need to go through this dissapointing my parents 😭 Ini cita-cita aku tau dari form 4 !!
Kalau korang ada pertanyaan boleh drop dekat ruang comment okay? InsyaAllah aku jawab selaju mungkin :p Okaylah, bye!


Hi awak hantar borang guna email?
ReplyDelete